Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    OPS Pulih: 18 pelanggaran arahan dicatat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan & PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Sebanyak 18 pelanggaran arahan telah dicatat di seluruh negara dan telah dikeluarkan denda kompaun hasil daripada pemantauan agensi-agensi penguatkuasaan yang dilakukan semalam semasa larangan keluar rumah dari jam 8 malam hingga 4 pagi tadi.

    “10 daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan terkini Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), 18 pelanggaran arahan tersebut melibatkan tiga buah daerah.

    “14 kesalahan dicatat di Daerah Brunei dan Muara, dua kesalahan di Daerah Tutong dan dua kesalahan di Daerah Temburong,” jelas kenyataan PPDB tersebut.

    PPDB menjelaskan bahawa dengan penglibatan kesemua pihak, negara akan mencapai hasrat dalam mengawal risiko penularan jangkitan COVID-19 secara menyeluruh dan memulihkan kehidupan rakyat dengan sebaiknya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda