Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Pumpung gempur pesalah imigresen

    Gambar serahan JIPK

    BELAIT, 7 OKT – Seramai 44 orang pekerja warga asing diperiksa dalam dua operasi berasingan dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) digelar Operasi Pumpung JIPK 128 dan Operasi Pumpung JIPK 129 di dua kawasan di Kuala Belait, dengan beberapa kesalahan dicatatkan hari ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Perisik, JIPK di sini, dalam Operasi Pumpung JIPK 128, tiga orang pekerja asing yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan potongan pokok di salah sebuah kawasan kediaman, didapati melanggar beberapa akta imigresen, antaranya seorang didapati bekerja dengan majikan lain (Peraturan 15 (2) Peraturan Imigresen Penggal 17), seorang didapati menyalahi peraturan jawatan (Peraturan 15 (3) Peraturan Imigresen Penggal 17), manakala seorang lagi didapati tinggal lebih masa di negara ini se-telah pas kerjanya mansuh (Bab 15 (1), Akta Imigresen Penggal 17).

    Ketiga-tiga mereka dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Kuala Belait untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Pemeriksaan dalam operasi ini dijalankan oleh pegawai imigresen kanan dan empat orang anggota.

    Dalam Operasi Pumpung JIPK 129 pula, seramai 41 orang warga asing diperiksa di sebuah tempat tinggal pekerja asing di Jalan Binjai, Kuala Belait. Pada pemeriksaan itu, dua lelaki warga asing ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Kuala Belait untuk siasatan dan tindakan lanjut kerana didapati tergolong dalam senarai pekerja lari daripada majikan dan menyalahi Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini.

    Pekerja asing menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembuangan pokok yang diperiksa dalam Operasi Pumpung JIPK 128, didapati bersalah melanggar beberapa peraturan imigresen, kelmarin.
    Para pegawai imigresen memeriksa sekumpulan pekerja asing di sebuah kediaman di Jalan Binjai, Kuala Belait.

    Sementara itu, 37 lagi lelaki warga asing dikeluarkan pas khas ntuk melaporkan diri ke bahagian tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Operasi kedua ini juga dike-tuai pegawai imigresen dan 10 orang pegawai. Sehubungan itu, JIPK mengingatkan majikan supaya sentiasa memastikan tempoh pas imigresen pekerja mereka masih sah dan menjadi satu kesalahan jika mereka masih bekerja jika pas mansuh, selain menasihatkan majikan agar sentiasa mengetahui keberadaan pekerja mereka sepanjang masa. Warga asing juga diingatkan untuk tidak membuat urusan atau menyerahkan pasport kepada individu yang menggelar diri mereka sebagai ejen yang boleh menguruskan pasport kepada agensi berkenaan dan seterusnya menghilangkan diri.

    Sabit kesalahan pas mansuh dan lain-lainnya boleh dikenakan hukuman penjara, diusir dan disenarai hitamkan. JIPK dalam kenyataan itu turut menekankan bahawa aktiviti penguatkuasaan akan ditingkatkan secara berterusan berpandukan maklumat yang ada sama ada bersendirian atau bersama agensi pe-nguatkuasaan lain.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk bersama-sama menangani perkara itu dengan menyalurkan maklumat mengenai kesalahan imigresen yang mana nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8984111, 8734888 atau 8753888.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda