Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops SAKAT: 4 warga asing ditahan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Empat warga asing telah ditahan semasa Operasi SAKAT 141/2023 yang telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kuala Belait, baru-baru ini.

    Menurut JIPK, dalam operasi yang menyasarkan sebuah kapal di Jalan Sungai, Kuala Belait, empat individu berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan Imigresen 9(4), iaitu bekerja menggunakan pas lawatan.

    Bagi meningkatkan usaha penguatkuasaan undang-undang, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan semasa operasi yang menyasarkan sebuah kapal di Jalan Sungai, Kuala Belait, baru-baru ini. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda