Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops SAKAT: 5 langgar peraturan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Lima orang warga asing telah diperiksa dan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (3) Peraturan-peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tidak mengikut apa yang tercatat dalam pas kerja, dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), kelmarin.

    Operasi SAKAT JIPK 24/2023 berkenaan menyasarkan dua sasaran di kawasan Mukim Mentiri.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK, Bandar Seri Begawan, di sini, operasi yang dijalankan adalah berhubung dengan warga asing yang menawarkan perkhidmatan pemotongan pokok, pengangkutan barang-barang yang hendak dibuang, mengangkut barang-barang hendak dipindah dan lain-lain menggunakan perkhidmatan kenderaan lori yang didaftarkan di bawah syarikat di negara ini.

    Pada sasaran pertama operasi berkenaan yang dijalankan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri, pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang JIPK mendapati dua orang warganegara asing melakukan kesalahan berkenaan.

    Pada sasaran kedua yang juga dijalankan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri, pegawai yang bertugas telah memeriksa tiga orang warganegara asing dan juga mendapati mereka melakukan kesalahan sama.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri dalam Operasi SAKAT baru-baru ini.
    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan di Mukim Mentiri dalam Operasi SAKAT baru-baru ini.

    JIPK menyatakan bahawa kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih daripada $2,000 atau kedua-duanya sekali.

    Tindakan seterusnya, pas kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini.

    Mana-mana majikan yang mengambil, menggaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...