Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Sakat: Dua warga asing ditahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dua warga asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Kuala Belait kerana cuba keluar tanpa melalui pos kawalan yang diisytiharkan.

    Menurut JIPK, kedua-dua warga asing berkenaan ditahan semasa Operasi Sakat 168/2023 yang dijalankan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait, hari ini di mana mereka melakukan kesalahan di bawah Bab 5 (2) Akta Imigresen Penggal 17.

    Dalam pada itu juga, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Warga asing yang ditahan semasa operasi bekenaan. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda