Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Sakat: Empat warga asing ditahan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Empat orang warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kerana dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

    Kesalahan tersebut didapati semasa anggota JIPK menjalankan Operasi Sakat 159/2023, di premis-premis perniagaan di Mukim Berakas dan Mukim Gadong, hari ini.

    Sehubungan itu, JIPK dalam kenyataan akhbarnya mengingatkan kepada orang ramai terutama kepada para majikan untuk memastikan pas-pas pekerja adalah sentiasa sah dan memastikan pekerja masing-masing bekerja mengikut jawatan yang dibenarkan.

    Adalah juga menjadi satu kesalahan sekiranya didapati menyalahgunakan pas-pas imigresen yang telah diberikan.

    Ke arah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkaitan warganegara asing di Negara Brunei Darussalam, jabatan tersebut mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi ke talian hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) serta 8984111 (Kuala Belait).

    Warga asing yang ditahan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda