Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Ops sakat kesan pelbagai kesalahan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memberikan peringatan kepada orang ramai terutama para majikan untuk memastikan pas-pas pekerja adalah sentiasa sah dan memastikan pekerja masing-masing bekerja mengikut jawatan yang dibenarkan.

    Peringatan itu dibuat berikutan dua Operasi SAKAT yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) JIPK yang menyasarkan beberapa lokasi di daerah ini di mana 11 orang warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, Operasi Sakat 151/2023 yang menyasarkan sebuah rumah sewa di Mukim Berakas A, seorang warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke BPU untuk siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh dan Peraturan 15(2), Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal.

    Manakala itu, Operasi Sakat 152/2023 menyasarkan tiga lokasi berasingan, di mana dalam pemeriksaan di rumah sewa di Mukim Berakas B, lapan orang warganegara asing telah diperiksa dan empat daripadanya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

    Seorang individu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(3) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport dan tiga individu lainnya gagal menunjukkan dokumen asal.

    Pemeriksaan kedua di bilik sewa di Mukim Berakas A pula menemukan 10 orang warganegara asing dan lima daripadanya telah ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen asal.

    Sementara itu, di lokasi ketiga di bilik sewa sebuah bangunan di Mukim Gadong B, dua orang warganegara asing telah pun diperiksa.

    Salah seorang daripadanya, Leny Indriani, perempuan warga Indonesia berumur 36 tahun telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17.

    Perempuan berkenaan dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan tambahan sebulan penjara kerana gagal membayar denda $500 sebagai gantian sebatan.

    Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan dan dibuat di hadapan majistret Harnita Zelda Skinner.

    Ke arah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkaitan warganegara asing di negara ini, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa Undang-undang JIPK semasa menjalankan operasi berkenaan. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...