Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Ops SAKAT: Pelbagai kesalahan dikesan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Pelbagai kesalahan telah dikesan dalam Operasi SAKAT yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Operasi Bersepadu SAKAT bersama agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain di beberapa lokasi di Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Dalam Operasi Bersepadu SAKAT 169/2023, lebih 50 orang telah diperiksa dalam pemeriksaan di beberapa buah rumah sewa di dua lokasi sasaran di Mukim Kianggeh.

    Operasi telah dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang JIPK bersama pegawai dan anggota dari Markas Angkatan

    Bersama (MAB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Buruh, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU) serta unit-unit di bawah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) iaitu Unit Interpol Brunei, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Kawalan Lalulintas (JSKLL).

    Di lokasi pertama, 10 orang warganegara asing telah diperiksa dengan tiga daripadanya telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang JIPK bagi siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

    Seorang lagi turut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pasnya mansuh di negara ini.

    Pegawai penguatkuasa undang-undang JIPK membuat pemeriksaan semasa Operasi SAKAT 17/2023. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    Warga asing diperiksa di salah satu lokasi semasa Operasi Bersepadu SAKAT 169/2023. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    JKED pula menahan tujuh individu bagi kesalahan di bawah Bab 146, Perintah Eksais 2006 kerana memiliki barang tegahan seperti rokok, vape, perisa vape, pods dan minuman keras. Kesemua barang tegahan berkenaan turut dirampas.

    Sementara itu, di lokasi kedua pula, JIPK telah memeriksa 11 orang warganegara asing dengan dua daripadanya ditahan bagi siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

    BPU pula telah mendapati satu kes khalwat di bawah Bab 196 (1) Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013.

    BKN turut menahan tiga individu bagi siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

    JKED pula menahan empat lagi individu bagi kesalahan di bawah Bab 146, Perintah Eksais 2006 kerana memiliki barang tegahan seperti rokok dan juga minuman keras. Barang-barang tegahan berkenaan turut dirampas oleh JKED.

    Manakala itu, Operasi SAKAT 170/2023 pula menyasarkan dua lokasi berasingan iaitu sebuah kafe dan sebuah restoran di Mukim Gadong.

    Hasil operasi di kafe, seorang lelaki warganegara asing ditahan bagi siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja dengan menggunakan pas lawatan.

    Hasil siasatan di restoran pula memeriksa tujuh orang warganegara asing dengan lima daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut terhadap pengesahan pasport serta jaminan pas lawatan dan dokumen yang berkaitan.

    Seorang warga asing juga ditahan bagi siasatan kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Peraturan 15(2) bekerja bukan dengan majikan asal, dan seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2) dan 15(3) bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera dalam pasport.

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Penyanyi Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...