Tuesday, April 23, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ops SAKAT: Tiga warga asing ditahan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Tiga warga asing telah ditahan dalam dua Operasi SAKAT yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di dua lokasi di Mukim Kianggeh, hari ini.

    Menurut JIPK, dalam Operasi SAKAT 147/2023 yang menyasarkan sebuah kedai makan, seorang perempuan warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Akta Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan Peraturan 15(3), Peraturan-peraturan Imigresen iaitu tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.

    Manakala itu, hasil Operasi SAKAT 148/2023 di sebuah gerai jualan makanan, dua orang lelaki warganegara asing telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja dengan menggunakan pas lawatan sosial.

    Kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $2,000 atau kedua-duanya sekali.

    Mana-mana majikan yang mengambil, mengaji pesalah Imigresen boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 bagi setiap seorang pesalah Imigresen.

    Oleh itu, pihak jabatan mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguatkuasa undang-undang JIPK ketika menjalankan operasi di sebuah gerai jualan makanan di Mukim Kianggeh, baru-baru ini. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...