Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ops Sejahtera kesan 3 kesalahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Tiga pekerja asing didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 semasa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh menjalankan Operasi Sejahtera di Kampung Gadong dan Kilanas pada 2 Ogos lalu.

    Jabatan Buruh dalam kenyataannya hari ini, mengatakan pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit di kawasan berkenaan telah mendapati seorang pekerja asing yang berjawatan sebagai pengasuh (groomer) didapati melakukan pekerjaan sebagai buruh kedai yang mana jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun $600 bagi kesalahan pertama, $900 bagi kesalahan kedua.

    Manakala dua lagi pekerja asing didapati bekerja dengan majikan selain daripada majikan yang telah dibenarkan dan jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan dengan itu, jabatan berkenaan mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguatkuasa undang-undang, Jabatan Buruh semasa menjalankan Operasi Sejahtera 108/2022 di kawasan Kampung Gadong B dan Kilanas, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...