Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ops Sejahtera kesan beberapa kesalahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Beberapa kesalahan telah dikesan semasa Operasi Sejahtera 65/2022 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh di kawasan Kampung Delima Dua, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Buruh, semasa operasi berkenaan, pihak penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kegiatan iaitu gerai makan, kedai menjual baju, dan kedai runcit di kawasan kampung tersebut.

    Hasil pemeriksaan berkenaan telah mendapati kesalahan di bawah Bab 112, Perintah Pekerjaan 2009, iaitu majikan menyalahgunakan jawatan pekerja asing yang mana bertentangan dengan jawatan di dalam Lesen Pekerja Asing yang dibenarkan oleh pesuruhjaya buruh.

    Tiga orang pekerja asing telah didapati melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan jawatan sah mereka iaitu pekerja-pekerja berjawatan buruh kedai, tukang masak dan amah diarahkan membuat pekerjaan penjual dan juruwang.

    Kenyataan menyatakan bahawa jika sabit kesalahan, majikan individu-individu berkenaan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $300 bagi kesalahan pertama dan $600 bagi kesalahan kedua.

    Manakala itu, majikan syarikat pula boleh dikenakan kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Pegawai penguat kuasa undang-undang, Jabatan Buruh semasa menjalankan Operasi Sejahtera 65/2022 di kawasan Kampung Delima Dua, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...