Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ops sepadu: 7 kesalahan dikesan

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 31 MEI – Tujuh kesalahan telah dicatatkan hasil dua operasi sepadu melibatkan pencegahan jenayah dan sekatan jalan raya yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan di Daerah Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), lima dikeluarkan atas kesalahan Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68, satu kesalahan di bawah Perintah Eksais 2006 kerana memiliki barang tegahan iaitu penemuan peralatan rokok elektrik (vape) dan satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (APD) Penggal 27 iaitu penemuan dipercayai dadah jenis ganja.

    Bagi operasi sepadu pencegahan jenayah, empat agensi penguatkuasaan telah terlibat iaitu Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, PPDB; Biro Kawalan Narkotik (BKN); Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU) Daerah Temburong serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Cawangan Daerah Temburong.

    Operasi itu telah menyasarkan rumah-rumah penginapan yang beroperasi di kawasan Kampung Belais, Daerah Temburong.

    Mengetuai operasi ialah Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhd Ajib bin Haji Ahmad Awal.

    Berikutan daripada operasi berkenaan, pihak penguat kuasa telah mendapati kesalahan di bawah akta kastam iaitu penemuan barang tegahan rokok dan siasatan lanjut diambil alih oleh pihak JKED.

    Manakala itu, operasi sepadu sekatan jalan raya pula melibatkan pegawai dan anggota Balai Polis Bangar dan JKED yang diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Pemangku Timbalan Penguasa Polis Shamsulariffin bin Haji Abdul Wahab.

    PPDB serta agensi penguatkuasaan yang lain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

    Antara lokasi yang menjadi sasaran operasi sepadu yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di Daerah Temburong. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...