Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Sepadu kesan 14 kesalahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 7 NOV – Sebanyak 14 kesalahan dikesan dalam Operasi Sepadu di Pos Sempadan Labu, Daerah Temburong semalam dengan 11 kenderaan dikenakan kompaun manakala tiga lagi memiliki barangan tegahan.

    Kenderaan-kenderaan yang dikenakan kompaun adalah bagi kesalahan tayar yang terkeluar daripada mudguard dan memasang pelekat filem tidak dibenarkan, manakala tiga kesalahan lain ialah memiliki barangan tegahan berupa minuman keras dan peralatan rokok elektronik.

    Operasi Sepadu tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Muhammad Ajib bin Haji Ahmad yang melibatkan 47 orang anggota agensi penguat kuasa undang-undang terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Biro Kawalan Narkotik, Bahagian Penguat kuasa Ugama, Bahagian Kawalan Makanan Halal dan Biosekuriti Bahagian Pertanian.

    Pihak polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak membawa masuk barangan tegahan dan melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara.

    Beg mengandungi barangan tegahan semasa diperiksa dalam operasi tersebut. – Gambar serahan PDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda