Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Pelbagai kesalahan telah direkodkan semasa operasi sepadu yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Daerah Polis Belait pada malam sabtu dari jam 8.00 malam hingga jam 10.30 malam.
Operasi yang diadakan secara serentak di dua lokasi iaitu di kawasan Lebuhraya Seria Bypass hala Kuala Belait dan di kawasan Lorong 3 Barat berdekatan simpang 198, hala dari lebuhraya menuju ke Pekan Seria, merekodkan sebanyak 18 kesalahan lalulintas dan 214 kompaun telah didapati dalam operasi tersebut.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.









