Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Sepadu temui barangan tegahan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Sejumlah 430 karton rokok pelbagai jenama serta 36 botol minuman keras berjaya dirampas semasa Operasi Sepadu yang dijalankan oleh Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), malam semalam.

    Semasa operasi sekitar 7 malam itu, pasukan penguat kuasa menemukan beberapa longgokkan kotak yang mencurigakan di kawasan belukar di Simpang 127 berdekatan industri, Kampung Lumapas, Daerah Brunei dan Muara.

    Pemeriksaan ke atas kotak-kotak tersebut telah mendapati barang-barang tegahan berupa rokok dan minuman keras.

    Balai Polis Kampong Ayer segera dihubungi bagi menjalankan siasatan awal terhadap penemuan tersebut.

    Barang tegahan yang dirampas akan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi peralihan dan siasatan lanjut.

    PPDB serta agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain akan sentiasa komited dalam usaha membanteras, menjalankan risikan serta membuat pemantauan yang berterusan ke atas sebarang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.

    Antara barang tegahan yang dirampas semasa operasi tersebut.
    Rokok pelbagai jenama dan minuman keras yang dirampas dalam operasi berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda