Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Sebanyak dua kesalahan telah didapati semasa Operasi Siaga 10/2024 yang telah dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan Bahagian Agensi Pekerjaan, Jabatan Buruh, baru-baru ini. Operasi tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dan Perintah Agensi Pekerjaan 2004 dipatuhi oleh para majikan dan agensi-agensi yang