Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Siaga kesan 4 kesalahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Empat kesalahan telah didapati semasa Operasi Siaga 192/2024 yang telah dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh pada 27 Ogos lalu.

    Operasi tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Pemeriksaan yang telah dijalankan di tempat tinggal pekerja asing di kawasan Tasek Meradun telah mendapati empat kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 yang dilakukan oleh majikan iaitu dua kesalahan di bawah Bab 112 menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing yang mana pekerja asing dalam jaminan tidak bekerja di syarikat sendiri dan juga kesalahan menggaji pekerja asing tanpa kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Buruh kerana Lesen Pekerja Asing didapati telah mansuh, Bab 80, majikan gagal menyediakan tempat tinggal yang bersih, mencukupi dan sempurna serta Bab 113A, majikan gagal menyediakan insurans perubatan untuk para pekerja.

    ATAS & BAWAH: Pegawai Penguatkuasa Undang-undang menjalankan pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda