Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Siaga kesan enam kesalahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Enam kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 didapati dilakukan oleh majikan dalam Operasi Siaga 197/2024 yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasanan Undang-undang (BPU), Jabatan Buruh pada 3 September lalu.

    Menurut kenyataan, operasi itu dijalankan bagi kegiatan membaiki penghawa dingin di Kawasan Kampung Serusop telah mendapati enam kesalahan yang dilakukan oleh majikan iaitu tiga kesalahan dibawah Bab 112, iaitu menggaji pekerja asing tanpa kebenaran bertulis dari Pesuruhjaya Buruh, menggaji pekerja asing jaminan syarikat lain dan pekerja didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan.

    Kemudian, di bawah Bab 70, majikan tidak memberikan cuti hari kelepasan awam yang diwartakan, Bab 71, majikan gagal memberikan cuti tahunan bergaji dan Bab 10, tidak menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis dengan majikan menjamin.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan yang menggaji dan majikan asal boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan tersebut, dan jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti majikan hendaklah menggaji pekerja-pekerja asing yang dibawah jaminan syarikat sendiri dan tidak membiarkan pekerja-pekerja bekerja dengan syarikat lain, majikan hendaklah memberikan cuti awam yang diwartakan kepada pekerja-pekerja serta memberikan cuti tahunan bergaji setelah berkhidmat selama tiga bulan dengan majikan yang sama dan majikan juga hendaklah menyediakan kontrak perkhidmatan dengan pekerja yang dijamin.

    Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguatkuasaan Undang-undang menjalankan pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda