Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Tapis tahan lelaki khayal

    Oleh Arissa

     

    LIMBANG, 9 Jan – Seorang penjawat awam ditahan dalam Ops Tapis di kawasan Industri Pabahanan semalam ketika sedang khayal dipengaruhi najis dadah.

    Suspek, berusia 25 tahun, dari Kampung Kuala Berawan dan bekerja di sebuah jabatan awam di Lawas, ditahan pada jam 3:15 petang.

    Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superitenden Mohd Bukhori Saffai, dadah jenis syabu seberat 2.15 gram bernilai RM400 turut dirampas daripada suspek.

    “Hasil pemeriksaan kita menjumpai satu peket plastik lut sinar dan satu tiub straw berisi syabu yang disembunyikan dalam poket seluar panjang sebelah kiri yang dipakainya,” katanya kepada media hari ini.

    Katanya, suspek turut positif Methamphetamine hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan ke atasnya.

    Beliau berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah  dan akan direman hari ini untuk melengkapkan kertas siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda