Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ops Tumpas: Dua warga asing didapati lakukan kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Dua warga asing telah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan 15 (3) Penggal 17 Akta Imigresen iaitu bekerja menyalahi jawatan semasa Operasi Tumpas yang dijalankan, kelmarin.

    Operasi berkenaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Bandar Seri Begawan berhubung warga asing yang membuat perkhidmatan sebagai tukang potong rumput dari rumah ke rumah.

    Menurut kenyataan JIPK, kedua-dua warga asing berkenaan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK untuk siasatan lanjut.

    Kenyataan menekankan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara berterusan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut, pihak jabatan mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi ke hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 di mana sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    Antara peralatan yang ditemui oleh pegawai penguat kuasa semasa Operasi Tumpas yang dijalankan baru-baru ini.
    Salah seorang tukang potong rumput yang didapati melakukan kesalahan semasa Operasi Tumpas yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa JIPK baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...