NEW YORK, 21 DIS – Syarikat gergasi teknologi, Oracle akan membeli Cerner, yang membuat perisian digunakan oleh hospital untuk menyimpan rekod digital, sebanyak AS$28.3 bilion, menurut pengumuman syarikat kelmarin.
“Dengan bekerjasama, Cerner dan Oracle mempunyai kemampuan untuk mentransformasikan urusan penjagaan kesihatan dengan memberikan profesional perubatan maklumat yang lebih baik – membolehkan mereka untuk membuat keputusan rawatan yang lebih baik dan membawa kepada hasil yang lebih memuaskan,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Teknologi Oracle, Larry Ellison dalam kenyataan.
Perjanjian tersebut adalah pembelian terbesar Oracle, dan menurut kenyataan syarikat akan membayar AS$95 secara tunai bagi setiap saham Cerner, dengan tarikh tutup dijangka pada penghujung tahun hadapan.
Cerner akan menjadi ‘enjin pertumbuhan pendapatan tambahan yang besar buat Oracle untuk tahun-tahun mendatang ketika Oracle meluaskan peniagaan Cerner menembusi banyak negara di seluruh dunia,” tambah kenyataan. – AFP