BAGHDAD, 13 MAC – Serangan udara yang disasarkan ke atas tentera pro Iran di Iraq telah membunuh seorang awam dan lima anggota keselamatan hari ini, menurut tentera Iraq, memberi amaran serangan itu menimbulkan peningkatan yang mendadak bagi negara yang teruk dilanda peperangan.
Pentagon berkata serangan tersebut adalah sebagai tindak balas ke atas serangan roket yang dilancarkan di pangkalan tentera udara Iraq pada Rabu lalu yang telah mengorbankan seorang tentera Britain dan dua orang tentera AS dalam serangan berdarah tahun ini.
Serangan menyasarkan tentera Iraq dan kumpulan rangkaian para tentera Hashed al-Shaabi.
Menurut tentera Iraq, jumlah kematian awal dari serangan udara termasuklah tiga orang tentera, dua orang anggota polis dan seorang awam yang sedang bekerja di bangunan lapangan terbang yang belum siap di Selatan Baghdad.
Sebahagian daripada beberapa kawasan dikawal oleh Kataeb Hezbollah, rangkaian utama kumpulan Hashed yang dituduh oleh AS ke atas beberapa serangan tentera luar di Iraq.

Tiada ahli kumpulan Hashed yang terbunuh dalam serangan tersebut tetapi masih ada mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, menurut kenyataan.
Pejuang Hashed merupakan di antara 11 pejuang Iraq yang telah diserang, ada di antara mereka yang cedera kritikal. Manakala seorang orang awam turut tercedera.
Pihak tentera memberi amaran bahawa serangan udara tersebut akan memberi risiko ‘peningkatan dan akan merosakkan situasi keselamatan di negara tersebut, dan akan mendedahkan semua orang kepada risiko dan ancaman yang lebih banyak’.
Presiden Barham Saleh mengecam mereka sebagai mencabuli kedaulatan negara yang boleh ‘menjatuhkan Iraq ke lembah anarki dan kacau bilau’.
Menteri luar berkata ia akan memanggil kedua-dua duta AS dan Britain mengenai serangan tersebut.
Pegawai tertinggi tentera AS dan pegawai awam meluahkan rasa kekecewaan bahawa kerajaan Iraq tidak melakukan langkah mencukupi untuk menghalang serangan roket yang disasarkan ke atas tentera dan diplomat AS.
Sekretari luar Britain, Dominic Raab berkata “Ia adalah tindak balas ke atas serangan pengecut yang disasarkan ke atas pasukan gabungan di Iraq yang telah dilakukan dengan pantas, tegas dan seimbang.”
Pegawai AS memberitahu AFP bahawa pesawat tempur telah mengenai sasaran logistik dan unit penyimpanan dron.
Antara sasaran adalah kawasan Jurf al-Sakhr di Selatan Baghdad, kawasan tentera yang dikawal oleh Kataeb Hezbollah, menurut sumber keselamatan Iraq.
Ketegangan yang semakin meningkat telah menjadikan kedua-dua negara semakin hampir kepada peperangan, dengan kejadian minggu ini telah mencetuskan kerisauan kepada pegawai Iraq bahawa negara mereka akan sekali lagi menjadi medan peperangan dalam ketegangan serantau. – AFP