Orang yang mempunyai kulit yang lebih gelap perlu memakai pelindung matahari – atas beberapa sebab tertentu.
Terlalu banyak pendedahan ultraungu dari matahari (UV) boleh menyebabkan selaran matahari, bintik hitam dan kedutan serta peningkatan risiko kanser kulit.
Melanin dalam kulit yang lebih gelap menawarkan beberapa perlindungan tambahan daripada matahari, tetapi pakar dermatologi mengatakan ia tidak mencukupi.
“Semua orang memerlukan pelindung matahari. Tetapi sebab seseorang untuk menggunakan pelindung matahari mungkin berbeza bergantung pada warna kulit awda,” kata Dr Jenna Lester, yang mengasaskan Klinik Kulit Warna di Universiti California, San Francisco.
Adakah orang berkulit gelap memerlukan pelindung matahari?


Orang kulit putih secara keseluruhan lebih berkemungkinan mendapat kanser kulit berbanding orang kulit hitam dan Hispanik.
Tetapi peluang orang kulit hitam dan Hispanik untuk selamat daripada kanser kulit yang paling berbahaya dipanggil melanoma adalah sangat rendah, menurut Persatuan Kanser Amerika.
Para pesakit kulit hitam lebih kerap mendapat melanoma pada bahagian tangan dan kaki – tempat yang lebih terlindung daripada matahari. Namun, pelindung matahari adalah lapisan pelindung tambahan yang membantu mencegah pelbagai masalah lain termasuk selaran matahari, hiperpigmentasi selepas jerawat, rosacea dan tompok gelap pada muka.
Dr Oyetewa Asempa di Kolej Perubatan Baylor sering mengingatkan pesakitnya yang berkulit gelap, “Semua masalah yang awda adukan semasa berjumpa saya adalah disebabkan atau dijejaskan oleh matahari.”
Berapa banyak pelindung matahari yang diperlukan oleh individu bukan berkulit putih?
Untuk kekal selamat di bawah sinaran matahari, penting untuk mengambil pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya SPF30 dan menyapukannya semula setiap dua jam.
Selain itu, disarankan untuk memakai pelindungan terlebih dahulu sebelum menuju ke kolam renang atau pantai, dan diingatkan untuk menyapukannya semula dengan banyak dan selepas keluar dari air.
Kebanyakan orang tidak memakai pelindung matahari yang mencukupi apabila mereka menyapukannya, kata Lester. Pastikan awda meletakkan dua jari yang panjang pada muka dan gumpalan yang besar untuk badan.
Cari pelindung matahari berasaskan bahan kimia untuk mengelakkan tompokan putih. Dua bahan utama dalam produk berasaskan mineral – zink oksida dan titanium oksida – adalah punca kepada perubahan warna yang menjengkelkan pada kulit gelap.
Pelindung matahari berwarna mengandungi pigmen menyekat cahaya yang boleh dilihat daripada matahari, memberikan perlindungan tambahan terhadap bintik-bintik gelap. Di samping itu, memakai topi atau pakaian pelindung matahari dengan faktor perlindungan UV atau penggredan UPF juga boleh memberikan peningkatan keselamatan tambahan.
Walau apa pun rutin perlindungan matahari, adalah penting untuk mengekalkannya, kata Lester. Sesetengah sinaran UV boleh menembusi melalui tingkap kereta dan rumah yang boleh menjadi punca kerosakan akibat matahari walaupun di dalam rumah, menjadikannya lebih penting untuk menjaga kulit semasa matahari bersinar.
“Ini adalah tentang cuba menjadikannya sebagai tabiat harian. Melakukan usaha yang mantap dan berterusan dari semasa ke semasa adalah lebih berkesan untuk mencapai matlamat jangka panjang,” tambahnya. – AP

