Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orang Islam Jakarta bantah Ahok

    JAKARTA, Indonesia, 31 Mac – Tidak terjejas dengan penahanan ketua-ketua mereka, puluhan ribu orang Islam berarak ke ibu negeri Indonesia hari ini, meminta bagi hukuman penjara terhadap gabenor Jakarta.

    Selepas solat Jumaat, para penunjuk perasaan berarak dari Masjid Istiqal di tengah Jakarta ke istana presiden berhampiran, yang berada di bawah kawalan ketat anggota polis.

    Bantahan terhadap Gabenor Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama telah meningkat sejak September lalu apabila dia didakwa menghina kitab Al-Quran dan kemudiannya didakwa. Perbicaraannya masih lagi dijalankan.

    Kehadiran bagi bantahan hari ini adalah begitu kecil berbanding dengan ratusan ribu orang yang membalas permintaan dari kumpulan Islam berhaluan keras untuk membanjiri te-ngah Jakarta bagi demonstrasi pada November, Disember dan Februari lalu.

    Awal hari ini, polis Indonesia berkata mereka telah menahan Muhammad Al Khaththath, pemimpin bagi kumpulan Forum Umat Islam, dan beberapa aktivis lain kerana disyaki khianat.

    Antara penduduk Jakarta beragama Islam yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut. - AFP
    Antara penduduk Jakarta beragama Islam yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut. – AFP

    “Kami tidak akan berundur dengan penahanan pemimpin kami,” kata penunjuk perasaan yang mengenalkan dirinya sebagai Wahyudi. “Kami akan terus berjuang bagi martabat Islam. Tidak ada ruang bagi kafir untuk memimpin negara ini.”

    Kes penghinaan dan ketenangan di mana pengikut berhaluan keras tertarik dengan jumlah besar orang ramai untuk menentang Ahok yang melemahkan reputasi Indonesia bagi mengamalkan bentuk Islam yang sederhana dan menggegarkan kerajaan sekular begitu juga dengan kumpulan Islam utama.

    Penghinaan adalah satu jenayah di Indonesia, yang boleh dihukum sehingga lima tahun penjara.

    Ahok akan bersaing dalam pilihan raya bagi gabenor minggu depan menentang bekas menteri kabinet yang disokong oleh pendakwah Islam yang konservatif.

    Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata Al Khaththath dan aktivis lain ditahan awal hari ini. Media setempat berkata salah seorang daripada mereka adalah timbalan penyelaras bagi bantahan hari ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda