WASHINGTON, 30 Jan – Timbalan pengarah FBI, Andrew McCabe meletak jawatan susulan Presiden Donald Trump menuduhnya menjadi penyokong kuat Demokratik, menurut sumber kerajaan semalam.
McCabe berhenti kerja dengan serta merta tetapi masih dibayar gaji oleh FBI sehingga Mac untuk memperolehi keistimewaan persaraan, kata sumber.
McCabe, 49 dijangka akan berhenti awal tahun ini apabila dia layak menerima pencen secara penuh selepas berkhidmat selama dua dekad di biro berkenaan.
New York Times melaporkan bahawa McCabe berharap untuk kekal aktif dalam jawatannya sehingga bersara tetapi menerima gesaan untuk berhenti lebih awal oleh Pengarah FBI, Christopher Wray.
Wray yang dilantik oleh Trump pada Ogos lalu tidak berniat untuk memasukan McCabe dalam rombakan pasukan pengurusannya menurut laporan. McCabe merupakan pegawai FBI, bukan lantikan politik.

FBI belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Menurut jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders berkata Trump tidak terlibat dengan perkara ini.
“Presiden tidak terlibat dalam proses membuat keputusan ini,” menurut Sanders.
Pemergian awal tiba McCabe muncul selepas dia bertahan selama berbulan-bulan dengan kritikan dari Republikan mengenai keputusannya memecat pengarah FBI James Comey dan menuduh Trump tidak adil.
McCabe dan Comey memainkan peranan yang penting dalam penyiasatan FBI terhadap pesaing Trump, Hillary Clinton semasa pilihan raya 2016 di mana jenayah Demokrat dalam penyalahgunaan e-mel peribadi semasa menjadi setiausaha negara.
Presiden berulang kali berkata keputusan itu adalah salah dan baru-baru ini mendedahkan kenyataan teks antara dua penyiasat yang terlibat dalam penyiasatan Clinton di mana ia menunjukkan mereka menentang Trump.
Jeneral inspektor FBI ketika ini masih menyiasat kes Clinton.
Sementara itu, McCabe dan Comey juga terlibat dalam beberapa peringkat penyiasatan yang masih berjalan mengenai sama ada kempen Trump berpakat dengan pihak Rusia semasa pilihan raya berlangsung dan Trump menyifatkannya sebagai ‘berita palsu.’
Marah dengan penyiasatan itu, Comey dipecat oleh Trump pada 9 Mei. – AFP