Friday, December 20, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orang luar tak payah kecoh – Awie

    Vokalis Kumpulan Wings, Datuk Awie memberi peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mengungkit kisah lama yang boleh kembali mencetuskan kontroversi.

    Mengulas lanjut, pemilik nama lengkap, Ahmad Azhar Othman, 56, menegaskan, semua pihak perlu menghormati jalan yang sudah dipilih dan berlapang dada dengan keputusan dibuat, lapor BH Online.

    “Yang sudah terkeluar dari landasan Wings, janganlah nak menyibuk. Biar band sahaja uruskan.

    “Duduk diam-diam dan jangan nak cetuskan isu yang boleh disensasikan. Tak payah nak kecoh-kecoh.

    “Sebenarnya kita pun nak, tapi sekarang kami sedang perjuangkan sesuatu, jadi biarlah kami jalan dulu. Yang lain jangan sibuk sebab saya dan Joe (JoBranko), masing-masing sudah move on.

    Awie beri peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mengungkit kisah lama yang boleh kembali mencetuskan kontroversi. – mStar

    “Selama ini, saya diam dan tak nak bising-bising. Tapi, bila orang luar yang bersuara, saya pelik. Untuk apa? Sengaja nak keruhkan keadaan ke?,” katanya ditemui pada sidang media Konsert TRIAD di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

    Awie mengulas kenyataan bekas vokalis Wings, Mel yang mahu melihat anggota asal kumpulan itu bergabung semula, sebelum menutup mata.

    Dalam pada itu, penyanyi Sejati itu enggan menyalahkan sesiapa dan hanya mengikut arus yang sudah ditentukan.

    “Makin meningkat umur ini, kita semua faham hukum silaturahim. Sampai satu masa, insyaAllah, silaturahim ini tidak akan terputus. Kawan puluhan tahun, makan bersama, semua ini kita kenang, bukan buang.

    “Saya suka tengok band dia (JoBranko). Saya tengok persembahan mereka memang bagus. Jadi, teruskan dan dia tak perlu nak toleh belakang.

    “Kami sudah bahagia dengan jalan hidup sendiri.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda