Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Gelandangan London cecah rekod

    LONDON, 28 JUN – Bilangan orang yang tidur di jalanan di London telah mencecah rekod tertinggi iaitu hampir 12,000, menurut angka terkini yang diperoleh kelmarin.
     
    Angka berkenaan semakin meningkat ber-ikutan impak krisis kos sara hidup di United Kingdom (UK) selepas inflasi tinggi selama beberapa dekad pada 2023 dan kekurangan hartanah sewa mampu milik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
     
    Kira-kira 11,993 orang dilihat tidur di jalanan ibu negara pada awal tahun hingga Mac, meningkat 58 peratus dalam sedekad dan jumlah tertinggi dicatatkan dalam satu tahun, menurut Homeless Link iaitu sebuah institusi yang menangani gelandangan di England.
     
    Pada tahun 2013 hingga 2014, jumlah orang yang tidur di jalanan mencecah 7,581 orang.
     
    Ketua Eksekutif Homeless Link, Rick Henderson menyifatkan angka itu ‘mengerikan’ dan berkata kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum pada 4 Julai harus bekerjasama untuk menangani masalah itu.
     
    Beliau berkata ‘rumah yang mampu milik dan selamat perlu disediakan dengan cepat dengan pembiayaan yang betul’ supaya dapat membantu orang ramai ‘menangani punca kemiskinan mereka dan dapat selesaikan tidur di jalanan yang kurang selesa untuk selamanya’.
     
    Di pusat perubatan untuk gelandangan di timur London, permintaan untuk perkhidmatan telah ‘pasti meningkat dalam beberapa bulan lalu,’ kata Mimi Hassan, pentadbir di Health E1.
     
    Bagaimanapun, Hassan berkata beliau tidak melihat isu yang dibangkitkan oleh ahli politik semasa kempen pilihan raya. “Kami membantu setakat yang kami mampu”, kata Hassan kepada AFP. “Tetapi berapa banyak yang boleh kita lakukan?”
     
    Warga UK membentuk 45 peratus daripada mereka yang tidur di jalan menurut angka Homeless Link. Daripada baki selebihnya, hampir satu pertiga datang dari negara-negara di Afrika, Asia, Amerika dan Australasia, manakala kira-kira satu perempat dari Eropah. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...