MIAMI, 8 Ogos – Chantek, seekor orangutan jantan yang belajar untuk berkomunkasi menggunakan bahasa isyarat, telah mati pada usia 39 tahun, sebuah zoo AS mengumumkan.
Ahli veterinar di Zoo Atlanta merawat Chantek kerana penyakit jantung, namun pegawai enggan memberikan punca sebenar kematian haiwan itu semalam.
Chantek lahir di Atlanta di selatan negeri Georgia, namun dibesarkan sebagai anak manusia oleh ahli antropologi di Tennessee yang mengajarnya Bahasa Isyarat Amerika (ASL).
Ia menjadi subjek dokumentari 2014 bertajuk ‘The Ape Who Went to College.’
Ia kemudiannya dipindahkan ke Zoo Atlanta dalam 1997. Menurut zoo itu, Chantek sering kali menggunakan ASL untuk berkomunikasi dengan penjaganya, yang mempunyai hubungan rapat dengannya sepanjang tahun-tahunnya di Zoo Atlanta.
Walau bagaimanapun, ia malu menggunakan bahasa isyarat dengan individu yang tidak dikenalinya dan sering memilih bentuk komunikasi yang tipikal dengan orangutan seperti bersuara dan gerak tangan unik. – AFP