Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orangutan pernah diberi dadah, bakal dilepaskan ke hutan

    BALI, 16 DIS – Orangutan yang pernah diberi dadah oleh warga Rusia dalam usahanya yang gagal untuk menyeludupnya keluar dari Bali, akan dibebaskan ke hutan liar.

    Kes itu menjadi tajuk berita dalam Mac apabila pihak berkuasa di pulau peranginan Indonesia itu mengesyaki Andrei Zhestkov yang cuba menaiki penerbangan pulang ke Rusia, kemudian membuka bagasinya dan mendapati orangutan berusia dua tahun tidur dalam sebuah bakul rotan. Zhestkov dijatuhkan hukuman penjara setahun dalam Julai kerana cubaan menyeludup orangutan itu, dua ekor gecko dan lima ekor cicak.

    Hari ini, pihak berkuasa perlindungan di Bali memberikan sepinggan besar buah kepada orangutan itu yang diberi nama Bon Bon ketika ia bersedia untuk pindah ke pusat pemuliharaan di Sumatera—salah sebuah daripada dua tempat yang mana spesies terancam itu ditemui di hutan liar.

    Penjaga Bon Bon, Ketut Diandika mengakui dia sedikit sedih melepaskan orangutan itu. “Saya sebenarnya mahu Bon Bon tinggal di sini supaya saya boleh menjaganya,” katanya. – AFP

    Bon Bon dipegang penjaganya di lapangan terbang antarabangsa Ngurai Rai berhampiran Denpasar, 16 Dis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda