Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Orban angkat sumpah PM Hungary

BUDAPEST, 17 MEI – Veteran politik Viktor Orban pada Isnin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima, lapor Xinhua.

Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan, dengan menyatakan dekad itu bermula dengan pandemik COVID dan diteruskan dengan konflik Rusia-Ukraine.

“Perang dan sekatan Eropah yang berterusan mewujudkan krisis tenaga serta menyebabkan kenaikan kadar faedah sehingga mencetuskan inflasi yang tinggi, yang akan mengakibatkan kemelesetan dan kemerosotan ekonomi,” katanya.

Pemimpin Hungary itu menentang dasar sekatan Kesatuan Eropah (EU) dan merasakan belum ada sekatan yang berjaya mencapai matlamatnya.

Meskipun Ukraine menyokong musuh politiknya, kerajaan Hungary komited untuk membantu Ukraine, katanya.

Beliau turut mengkritik EU yang turut dianggotai Hungary sejak 2004.

“Brussels sering menyalahgunakan kuasanya,” kata Orban, merujuk kepada pertikaian dengan Suruhanjaya Eropah sejak sedekad lalu.

“Namun, penting bagi kami untuk kekal di EU untuk dekad akan datang,” kata Orban. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -