Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Orban jemput PM Sweden untuk runding keahlian NATO

    BUDAPEST, 23 JAN – Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban hari ini menjemput rakan sejawatnya dari Sweden ke Budapest untuk membincangkan bidaan penyertaan NATO negara Nordic itu, yang masih memerlukan kelulusan daripada Hungary dan Turkiye.

    Parlimen Turkiye dijangka akan mengundi minggu ini untuk meluluskan usaha Sweden bagi menyertai pakatan pertahanan Barat itu selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    “Hari ini, saya menghantar surat jemputan kepada Perdana Menteri Ulf Kristersson untuk lawatan ke Hungary bagi berunding mengenai keahlian NATO Sweden,” tulis Orban di X.

    Pengesahan dari Turkiye akan meninggalkan Hungary sebagai negara terakhir yang menentang.

    Budapest sering mengecam apa yang disebutnya sebagai ‘sikap bermusuhan secara terbuka’ Stockholm, menuduh wakil-wakil Sweden ‘selalu bersedia untuk menyalahkan Hungary’ dalam isu undang-undang.

    Pejabat Kristersson tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen mengenai jemputan Orban ketika dihubungi oleh AFP.

    Minggu lalu, Hungary mengkritik Sweden kerana tidak mengambil sebarang langkah untuk mengukuhkan hubungan dua hala. – AFP

    Orban ketika memberikan taklimat kepada media di Berlin, Jerman pada 10 Februari 2020. Beliau kelmarin menjemput Ulf Kristersson ke Budapest bagi membincangkan penyertaan Sweden ke dalam NATO. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...