Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orca jarang dilihat di luar pantai Sydney

    SYDNEY, 29 OGOS – Satu kawanan orca, hari ini, telah dikesan di perairan luar pantai Sydney buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.

    Paus pembunuh itu dilihat mengejar sekumpulan ikan paus kelasa di luar pantai Curl Curl Beach di pinggir utara Sydney oleh sekumpulan pelancong di atas bot Whale Watching Sydney.

    “Terdapat keriuhan aktiviti dan orca melepasi bot dalam formasi, sambil mengejar paus kelasa,” kata Whale Watching Sydney dalam catatan di media sosial.

    “Paus kelasa semakin menghampiri dan kami mengandaikan mungkin melindungi anak paus, tetapi sukar untuk diketahui dengan suasana keterujaan,” katanya.

    Pengendali pelancongan itu berkata, orca menjelajah sejauh utara ke Sydney adalah sangat jarang berlaku dan ia merupakan penglihatan pertama spesies pemangsa itu di perairan Sydney sejak 2018.

    Vanessa Pirotta, seorang pakar ikan paus dari Universiti Macquarie, memberitahu akhbar Nine Entertainment bahawa adalah perkara biasa bagi orca untuk memburu paus kelasa juvenil di luar pantai barat Australia di Lautan Hindi tetapi ia jarang dilihat di perairan pantai timur Lautan Pasifik. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda