Oleh Syahmi Hassan –
Bintang origami ninja sejenis boomerang ialah projek ringkas yang boleh disiapkan dalam masa kurang daripada lima minit.
Ia hanya menggunakan sekeping kertas biasa dan sesuai untuk dibuat oleh semua peringkat umur.
Dengan beberapa lipatan asas, awda boleh menghasilkan bintang ninja kertas yang ringan, kemas dan boleh dilempar seperti boomerang. (Gambar 1)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
• 1 helai kertas biasa (kertas buku nota atau apa sahaja jenis kertas juga sesuai) (Gambar 2)
LIPATAN PERMULAAN
Mulakan dengan melipat kertas memanjang (lipatan gaya hotdog).
Pastikan lipatan ini benar-benar kemas dan berbekas kerana ia penting untuk langkah seterusnya. Kemudian lipat sekali lagi secara melintang (gaya taco).















Lipatan kedua tidak perlu sedalam lipatan pertama.
KOYAK KERTAS
Lipatan panjang pertama tadi akan digunakan sebagai panduan untuk mengoyakkan kertas kepada dua bahagian.
Koyakkan perlahan-lahan supaya hasilnya kemas. Jika awda mahu cara lebih mudah dan cepat, boleh gunakan gunting. (Gambar 3)
BENTUK ASAS BINTANG NINJA
Ambil satu bahagian kertas tadi dan lipat seperti ditunjukkan, kemudian lipat naik dan turun sehingga membentuk segitiga-segitiga kecil. (Gambar 4, 5 & 6)
BENTUKKAN BAHAGIAN TEPI
Pada bahagian tepi yang berbentuk segi empat tepat, lipatkannya sehingga menjadi bentuk segi empat sama. Seterusnya, lipat sekali lagi membentuk segitiga seperti dalam contoh langkah sebelum ini. (Gambar 7 & 8)
ULANGI UNTUK KEPINGAN KEDUA
Ulang semua langkah lipatan bagi kepingan kertas kedua.
Pastikan arah lipatan segitiga bagi kepingan kedua adalah bertentangan daripada kepingan pertama. (Gambar 9)
SATUKAN BENTUK
Susun kedua-dua kepingan seperti contoh.
Masukkan kepingan flap dari bahagian atas ke dalam celah kepingan bawah untuk mengunci bentuknya.
Kemudian terbalikkan keseluruhan bentuk untuk langkah seterusnya. (Gambar 10, 11 & 12)
KEMAS AKHIR
Pada bahagian belakang, ulang proses sama dengan memasukkan flap yang tinggal ke dalam ruang segitiga yang tersedia. Tolakkan sehingga masuk sepenuhnya dan tekan untuk membentuk lipatan yang kemas. (Gambar 13 & 14)
SIAP!
Bintang ninja origami awda yang mudah dibuat dan menyeronokkan kini siap. (Gambar 15)
Tip tambahan:-
• Gunakan kertas yang sedikit tebal untuk bintang ninja yang lebih kukuh.
• Pastikan setiap lipatan benar-benar kemas supaya bentuk akhir lebih tepat.
• Jika ingin membuat variasi, cuba gunakan kertas berwarna atau bercorak.
