Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Orkid Brunei serikan Gardens by the Bay Singapura

    SINGAPURA, 28 JULAI – Bunga Orkid dari lima negara termasuk Brunei telah dipamerkan di Gardens by the Bay Singapura sempena Orkid Ekstravaganza: Orkid Tropika Timur, pameran flora terkini.

    The Orkid Ekstravaganza yang diadakan mulai hari ini hingga 17 September, juga akan menempatkan orkid yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

    Pameran bunga itu dilancarkan hari ini oleh Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Menteri Kedua Undang-undang Singapura, Edwin Tong.

    Terdapat juga pameran ‘kebaya’, sebagai menyokong pencalonan yang dikemukakan bersama oleh lima negara untuk menyenaraikan ‘kebaya’ dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Usaha multinasional itu di-umumkan lewat tahun lalu.

    Sementara itu, kepelbagaian orkid Malaysia seperti Aranda Noorah Alsagoff, Dendrobium Dawn Maree hybrid dan Papilionanda Mimi Palmercan boleh dilihat di sekitar ‘Rumah Pahang’, sebuah rumah tradi-sional mini, yang dibina khas di sudut Flower Dome.

    Orkid Ekstravaganza: Orkid Tropika Timur yang dipamerkan hingga 17 September. – Gambar dari FB Garden by the Bay

    Rumah itu juga dihiasi dengan artifak budaya dari Malaysia seperti batik, alat muzik tradisional dan wau, serta bunga kebangsaan negara, Hibiscus rosasinensis, yang terkenal dengan bunga-bunganya yang menarik. Rumah Pahang merujuk kepada rumah tradisional yang terdapat di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang.

    “Ini adalah inisiatif yang sangat baik untuk memperkenalkan seni dan budaya kami kepada pengunjung yang datang ke Gardens by the Bay,” kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar kepada Bernama.

    Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah mengambil bahagian dalam Orkid Ekstravaganza dengan sokongan Johor Corporation (JETCO), Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sabah, Singapura & Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak, Singapura. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...