Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orlando Bloom rai Halloween bersama pelakon tiru gaya Katy Perry

    Bintang Hollywood, Orlando Bloom mencuri perhatian peminat apabila dilihat meraikan sambutan Halloween bersama pelakon Rachel Lynn Matthews yang mengenakan kostum menyerupai bekas tunangnya, Katy Perry.

    Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instastory milik Rachel, Orlando dilihat mengenakan kostum rangka manusia sambil meletakkan tangannya di bahu aktres berkenaan.

    Dalam foto tersebut, Rachel tampil dengan sut biru serta rambut palsu hitam iaitu gaya yang sama seperti penampilan ikonik Katy Perry ketika mengikuti misi ke angkasa lepas dengan menaiki roket Blue Origin.

    Sebuah lagi foto yang dikongsi portal TMZ dan Page Six turut memperlihatkan Rachel meniru aksi Katy mencium tanah selepas mendarat semula ke bumi, sambil menulis kapsyen: “Take up space!”

    Pada Jun lalu, Katy mendedahkan dia memilih jalan untuk berpisah secara baik selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan bersama. 

    Menurut laporan media, hubungan pasangan ini sedikit tegang beberapa bulan sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

    Untuk rekod, Katy dan Orlando mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 lalu dan bertunang tiga tahun selepas itu.

    Mereka memiliki seorang anak iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy. – Agensi

    Orlando (kanan) dan Rachel raikan Halloween tiru gaya Katy (kiri). mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda