Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orsk Rusia dilanda banjir besar

    MOSCOW, 7 APRIL – Banjir besar di bandar Orsk Rusia menyebabkan beribu-ribu orang berpindah, di mana Moscow melaporkan situasi ‘kritikal’ hari ini dan amaran paras air bahaya di Siberia.

    Rusia telah mengeluarkan amaran ‘kecemasan persekutuan’ di wilayah selatan Orenburg, di mana sungai Ural telah membanjiri Orsk dan kini mengancam bandar utama Orenburg.

    Hujan lebat telah menyebabkan empangan berhampiran Orsk, di selatan Ural dekat Kazakhstan, pecah malam Jumaat lalu, di mana pihak berkuasa berkata lebih banyak hujan lebat akan menyebabkan paras air terus meningkat.

    Gambar menunjukkan Orsk hampir ditenggelami banjir, dengan bahagian atas kereta yang tenggelam dapat dilihat.

    Pihak berkuasa berkata lebih 4,500 orang telah dipindahkan dari Orsk dan lebih 6,500 buah rumah dinaiki air di seluruh wilayah Orenburg.

    Kremlin telah memberi amaran tentang ‘anomali alam semula jadi’ dan mengarahkan persediaan menghadapi banjir yang dijangka di wilayah Kurgan dan Tyumen Siberia.

    Sementara Orsk, sebuah bandar yang mempunyai 200,000 orang penduduk, adalah paling teruk terjejas akibat banjir, paras air di sungai Ural juga meningkat dengan pantas di hab wilayah Orenburg, yang menempatkan kira-kira 560,000 orang penduduk. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh saluran telegram Pentadbiran bandar Orenburg pada 5 April, menunjukkan penduduk menggunakan bot semasa berpindah selepas sebahagian daripada empangan pecah menyebabkan banjir di Orsk, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda