Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orsted catat kerugian selepas rancang pemberhentian pekerja

    COPENHAGEN, 5 NOV – Kumpulan tenaga angin luar pesisir Denmark, Orsted, mencatat kerugian bagi suku ketiga hari ini selepas melancarkan rombakan besar-besaran untuk memulihkan perniagaan yang terjejas akibat dasar anti-tenaga boleh diperbaharui Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat (AS).

    Syarikat itu melaporkan kerugian bersih sebanyak 1.7 bilion kroner (AS$262 juta) bagi tempoh Julai hingga September, lebih baik berbanding kerugian 2.7 bilion kroner yang diramalkan penganalisis yang ditinjau firma data kewangan FactSet.

    Pendapatan jatuh 28 peratus kepada 28 bilion kroner berbanding suku yang sama tahun lalu.

    Bulan lalu, Orsted mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 2,000 pekerjaan, bersamaan suku daripada tenaga kerjanya, menjelang 2027 serta memberi tumpuan lebih kepada perniagaan di Eropah dan beberapa pasaran Asia.

    “Melaksanakan keutamaan strategik kami secara berterusan akan membolehkan kami kekal sebagai peneraju global tenaga angin luar pesisir dengan kedudukan kukuh di Eropah,” kata Ketua Eksekutif, Rasmus Errboe dalam laporan pendapatan hari ini. – AFP

    Bahagian menara turbin angin di tapak pemasangan projek Revolution Wind di State Pier, New London, Connecticut, Amerika Syarikat, pada 30 September lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda