PARIS, 30 Mei – Pemain tenis nombor satu dunia, Naomi Osaka meneruskan kecemerlangannya di Roland Garros selepas berjaya melepasi pusingan ketiga.
Osaka, yang berusaha untuk menambah koleksi trofinya untuk meraih lebih banyak kejayaan, berjaya menewaskan Victoria Azarenka dengan jaringan 4-6, 7-5, 6-3.
Kemenangannya itu hanya dua mata daripada kekalahan dalam perlawanan pembukaannya menentang Anna Karolina Schmiedlova.
Pemain berusia 21 tahun itu bekerja keras dan sentiasa berusaha untuk memastikan tempatnya di pusingan ketiga dan pertembungan menentang Katerina Siniakova dari Republik Czech.
“Saya bernasib baik beraksi bersama Victoria dua kali sebelum ini, saya tahu dia bermain dengan baik dalam kejohanan ini,” kata Osaka.

“Ia adalah pusingan kedua yang tidak mudah bagi saya, jadi saya gembira untuk menang.”
Osaka menamatkan perlawanan itu selama dua jam 50 minit di Court Suzanne Lenglen.
Dia menjadi pemain terkemuka pertama untuk memenangi dua perlawanan pembukaan di Roland Garros selepas tewas dalam set pertama sejak Lindsay Davenport pada 2005.
“Usaha saya belum mencukupi, jadi saya perlu belajar daripada perlawanan ini dan saya perlu berfikir secara positif dari keputusan yang saya raih dalam pelbagai perlawanan,” kata Azarenka, 29 tahun.
“Dia layak berada di mana dia sekarang dan dia sangat hebat dan bertenaga,” tambahnya. – AFP