Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Osaka mara ke pusingan kedua

    PARIS, 30 MEI – Pemain ranking dua dunia, Naomi Osaka membiarkan raketnya untuk berbicara di Terbuka Perancis hari ini apabila dia mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-4, 7-6 (7/4) ke atas pemain Romania, Patricia Maria Tig.

    Bintang Jepun berusia 23 tahun, yang juga juara Grand Slam empat kali, enggan meneruskan kewajipan berdepan pihak media semasa kejohanan, mendakwa sidang media merosakkan kesihatan mentalnya.

    Walau bagaimanapun, dia bersetuju untuk ditemu bual secara ringkas semasa berada dalam gelanggang susulan kemenangan hari ini.

    “Bagi saya, bermain di gelanggang tanah liat adalah sesuatu yang masih diusahakan,” kata pemenang Terbuka AS dan Australia di Court Philippe Chatrier.

    “Saya berharap dapat lebih banyak bermain agar mampu mempertingkatan diri saya. Gelanggang yang cukup bagus,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda