Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Osaka mara ke suku akhir Terbuka Miami

    MIAMI, 30 MAC – Juara bertahan Terbuka AS dan Australia, Naomi Osaka mara ke peringkat suku akhir Terbuka Miami, kelmarin, melanjutkan rekod kemenangan kepada 23 perlawanan selepas menewaskan pemain pilihan ke-16 dari Belgium, Elise Mertens, 6-3,6-3.

    Bintang Jepun ranking kedua akan bertemu pemain pilihan ke-23 dari Greece, Maria Sakkari, yang menyingkirkan pemain pilihan ke-29 dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula dengan keputusan 6-4, 2-6, 7-6 (8/6) di acara Siri WTA dan ATP Masters.

    “Saya memulakan perlawanan dengan baik dan kemudian tiba-tiba saya bermain dengan cuai. Kepantasan saya tidak terasa sama,” kata Osaka.

    “Saya merasakan ia akan menjadi sukar. Tetapi pada penghujungnya, ia ditentukan oleh mereka yang berusaha keras.”

    Osaka yang mengejar trofi Miami pertama, menyelamatkan break point dengan pukulan ketiga dan akhirnya menamatkan set pertama dengan tujuh peluang dengan pukul servis.

    Aksi Naomi Osaka semasa bertemu pemain Belgium, Elise Mertens di Terbuka Miami, baru-baru ini.- AP

    Pada set kedua, Osaka memerlukan peluang kelima dari tiga perlawanan untuk menewaskan Mertens, menyaksikan pemain Belgium kembali bangkit kepada 2-2 dan bertahan 3-2 sebelum memerlukan rawatan di bahu bahagian kanan.

    Sementara itu, pemain ranking teratas dan juara bertahan, Ashleigh Barty melangkah ke suku akhir dengan menewaskan bekas juara dunia, Victoria Azarenka, 6-1, 1-6, 6-2.

    “Saya teruja kerana berjaya mara ke suku akhir kejohanan besar,” kata Barty.

    “Saya merasakan masih ramai pemain tenis yang lebih hebat berbanding saya. Saya masih tidak merasakan saya berada di prestasi terbaik, tetapi saya berjuang dan saya mencari jalan untuk menang, itu yang hebat.”

    Juara Terbuka Perancis itu mendominasi set pertama tetapi Azarenka kembali bangkit 2-0 pada suku kedua 2-0, kemudian bangkit dari ketinggalan 0-40 untuk bertahan 3-0 dan memaksanya ke set ketiga.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda