NEW YORK, 2 SEPT – Juara bertahan Naomi Osaka menang tanpa bertanding untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas lawannya dari Serbia, Olga Danilovic menarik diri akibat masalah kesihatan. Pemain pilihan ketiga dari Jepun berusia 23 tahun itu memburu gelaran kelima Grand Slamnya dan trofi Terbuka AS ketiga dalam tempoh empat tahun.