TOKYO, 8 DIS – Naomi Osaka menyasarkan tempat ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan berharap memenangi lebih banyak gelaran Grand Slam ketika keterujaannya untuk kembali bermain bagi sukan tenis.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 26 tahun itu akan kembali bertanding di Brisbane International pada hujung bulan ini, setelah tidak bermain dalam jelajah sejak September 2022.
Juara Grand Slam empat kali itu melahirkan anak perempuan, Shai, pada Julai lalu dan dia juga bergelut dengan kesihatan mental dan tekanan tenis.
Dia memberitahu penyiar Jepun NHK bahawa dia berasa ‘gugup, gembira dan teruja’ semasa dalam persiapannya untuk kembali bermain sukan tersebut.
Osaka, yang menyalakan obor bagi pembukaan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan akibat pandemik pada 2021, berharap kemunculan semulanya akan membawanya ke Sukan Paris pada musim panas akan datang.- AFP