Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Oscar kecoh Will Smith tampar Chris Rock

    Akibat bergurau kasar, pelakon Hollywood, Will Smith akhirnya hilang sabar dan bertindak naik ke pentas serta menampar muka pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Oscars 2022.

    Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith, Jada Pinkett yang botak.

    “Jada, saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2,” demikian kata Rock. Namun tindakan Rock yang dianggap keterlaluan itu ternyata tidak disenangi Smith.

    “Jangan babitkan nama isteri saya!” jerit Smith dari tempat duduknya.

    Rock ketika itu tampil menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik Oscars 2022.

    Keadaan memalukan pada acara penuh berprestij itu ternyata membuatkan ramai tergamam memikirkan sama ada ia sebagai gimik atau sebaliknya.

    Will Smith akhirnya hilang sabar dan bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock kerana mempersendakan isterinya (gambar sisipan – tengah). – AFP

    Bagi mengawal situasi berkenaan, Rock berkata apa yang berlaku merupakan sejarah bagi dunia penyiaran televisyen.

    “Will Smith baru sahaja tampar saya. Itulah momen terbaik dalam sejarah televisyen,” katanya. Pada Oscars itu, Smith memenangi trofi Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard.

    Filem berkenaan turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

    No Time to Die membuktikan ia sebuah lagu yang hidup di acara anugerah itu. Lagu filem James Bond 007 itu, oleh Billie Eilish dan Finneas O’Connell telah memenangi Golden Globe, Grammy dan kini Oscar untuk lagu asal terbaik.

    Kedua-dua adik beradik itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Bond dan O’Connell menutup ucapan dengan kata-kata terima kasih untuk ibu bapa mereka, dengan mengatakan bahawa mereka “sentiasa menjadi inspirasi terbesar kami dan wira kami. Kami menyayangi awda sebagai ibu bapa dan kami juga menyayangi awda sebagai orang sebenar.”

    Jane Campion yang berehat lama daripada industri perfileman masih lagi amat dihormat dan dikagumi rakan-rakannya.

    Campion, yang filem terakhirnya ialah Bright Star pada 2009, telah dianugerahkan sebagai pengarah terbaik di Anugerah Akademi kelmarin untuk filem The Power of the Dog.

    Kemenangan pengarah filem berusia 67 tahun itu menandakan kali pertama anugerah pengarah itu diberikan kepada wanita dalam beberapa tahun berturut-turut, dengan Chloe Zhao menang tahun lalu untuk Nomadland.

    Campion adalah wanita ketiga yang menang dalam kategori itu. Manakala CODA memenangi anugerah filem terbaik. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...