Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Ostapenko menang pusingan pertama Eastbourne

    EASTBOURNE, 25 JUN – Jelena Ostapenko memulakan kempen untuk merebut gelaran Eastbourne kedua dengan kemenangan straight set ke atas Greet Minnen pada pusingan pertama acara pemanas badan Wimbledon kelmarin, manakala pilihan utama, Elena Rybakina menarik diri daripada kejohanan itu.

    Pilihan kelima dari Latvia, Ostapenko, yang merupakan juara Eastbourne 2021, menewaskan pemain dari Belgium itu 7-6 (7/3), 6-1 dalam masa kurang 90 minit di gelanggang.

    Terdapat detik membimbangkan bagi Ostapenko, juara Terbuka Perancis 2017, apabila beliau terjatuh di atas rumput pada pertengahan set kedua tetapi pemain nombor 13 dunia itu bangkit untuk menutup permainan dengan kemenangan.

    Ostapenko pernah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut di Eastbourne, merangkul kejuaraan 2021 di pantai selatan England dan mara ke final 2022 sebelum rentetan kejayaannya ditamatkan oleh Petra Kvitova.

    “Saya rasa permukaan rumput sangat sesuai dengan saya,” kata Ostapenko selepas perlawanan kelmarin.

    “Kali pertama saya bermain di atas rumput, saya berkata, ‘bagaimana kita boleh bermain tenis di permukaan ini? Saya tidak faham apa yang berlaku di sini’. Tetapi kemudian setiap tahun menjadi semakin baik.”

    Ketika ditanya mengenai insiden beliau terjatuh, Ostapenko yang berusia 27, berkata, “Rumput adalah permukaan yang hebat, tetapi kadangkala ia boleh menjadi sangat licin dan sangat rumit. Jadi saya mengambil masa perubatan hanya untuk memastikan saya dalam keadaan baik.” – AFP

    Aksi Ostapenko menentang Minnen di Devonshire Park, Eastbourne, England pada 24 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...