Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    OUBN kukuh jalinan peminat sukan

    One United Brunei Darussalam (OUBN) baru-baru ini telah menganjurkan satu acara sempena Perlawanan Akhir Liga Europa UEFA 2025 Bilbao yang berlangsung di sebuah hotel di Berakas.

    Acara itu dihadiri kira-kira 120 peminat bola sepak tempatan dan diserikan dengan jamuan serta cabutan bertuah.

    Turut menjayakan acara tersebut ialah Hotel Times Brunei, Battle Pro Management & Marketing Services, Julok Company (Manggis), Optigen Gym, GoMamam, Shukzcustom64 dan tajaan persendirian.

    Tujuan utama acara tersebut adalah untuk merapatkan silaturahim dan menggalakkan perkenalan dalam kalangan komuniti peminat bola sepak tempatan.

    GAMBAR SERAHAN OUBN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda