Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ozil mula temui rentak

    LONDON, 6 April – Arsene Wenger memuji Mesut Ozil selepas pemenang Piala Dunia Jerman itu membantu Arsenal menang 3-0 ke atas West Ham dalam aksi liga kelmarin dan mengekalkan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara.

    Keputusan itu membolehkan Gunners memintas Man United untuk menduduki tangga kelima carta liga, empat mata di belakang tempat keempat dan slot terakhir Liga Juara-Juara yang dipegang oleh Man City walaupun Gunners mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

    Hasilnya, West Ham yang tewas buat kali kelima berturut-turut juga bimbang dengan penyingkiran ketika pasukan Slaven Bilic hanya lima mata dari pasukan ketiga tercorot Swansea yang akan menentang mereka pada hujung minggu.

    Ozil menjaringkan gol pertama pasukan pada minit ke-58 dan merancang jaringan Theo Walcott untuk gol kedua dengan pemain gantian Olivier Giroud menjaringkan gol ketiga lewat sedikit.

    “Saya rasa dia kembali secara fizikal dengan fokus,” kata Wenger mengenai Ozil yang kemarau gol sejak 10 Disember.

    Pemain West Ham James Collins (kiri) menghalang rembatan Ozil pada perlawanan Liga Perdana di stadium Emirates, kelmarin. – AP
    Pemain West Ham James Collins (kiri) menghalang rembatan Ozil pada perlawanan Liga Perdana di stadium Emirates, kelmarin. – AP

    “Dia terjejas teruk bila kami akan keluar dari Liga Juara-Juara dan beliau mengambil sedikit masa untuk pulih secara mental. Saya rasa untuk beberapa minggu sekarang dalam latihan dia benar-benar memberi tumpuan dan dapat dilihat dalam permainan.”

    Wenger berkata beliau positif mengenai peluang Arsenal untuk empat tempat teratas seperti kebiasaannya sejak lebih 20 tahun bersama kelab sambil menegaskan keadaan sekarang bukan masa yang sesuai untuk lembaga pengarah menawarkan kontrak baru.

    “Boleh jadi juga,” kata pengurus dari Perancis berusia 67 tahun itu. “Pemain kami yang cedera sudah kembali dan kami telah melakukannya dalam keadaan yang lebih sukar sebelum ini.

    “Ia adalah keputusan yang baik dan melegakan kerana kami telah melalui tempoh yang tidak baik tetapi mentaliti pasukan kekal sihat.

    “Kami menjaringkan lebih 100 gol musim ini, jadi melangkah ke hadapan sentiasa menarik, cuma pertahanan kami tidak cukup bagus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda