Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ozil penyelamat Gunnersaurus daripada kepupusan

    LONDON, 7 OKT – Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil telah membuat keputusan untuk menyelamatkan maskot gergasi kelab, Gunnersaurus daripada kepupusan setelah kelab mahu melepaskannya sebagai langkah mengurangkan kos.

    Jerry Quy, yang telah memainkan peranan memakai maskot dinosaur itu dari sejak 1993, telah dilepaskan berikutan stadium yang kosong akibat COVID-19.

    “Saya sangat sedih bahawa Jerry Quy atau dikenali sebagai Gunnersaurus sebahagian penting dari kelab kami telah dibebaskan setelah 27 tahun,” kata Ozil di Twitter.

    “Oleh itu, saya menawarkan untuk membayar balik kepada Arsenal dengan gaji penuh maskot hijau besar kami selagi saya menjadi pemain Arsenal.”

    Halaman GoFundMe yang bertajuk ‘Save Gunnersaurus’ telah mengumpulkan lebih daripada £10,000 (AS$13,000).

    Peminat bergambar bersama maskot Arsenal, Gunnersaurus semasa perlawanan yang lalu menentang Everton di kejohanan Barclays Asia Trophy di Singapura. – AP

    “Gunnersaurus telah menjadi maskot kelab Arsenal selama 27 tahun,” menurut satu kenyataan dalam halaman tersebut. Dia ikon kelab dan kami tidak boleh membiarkannya pupus.

    “Memakainya sepanjang umur hidup Jerry Quy, akan memalukan jika kehilangannya.”

    Ozil adalah pemain gaji tertinggi kelab, dengan £300,000 (AS$390,000) setiap minggu, walaupun peranannya terbatas di lapangan dalam beberapa musim terakhir.

    Pemain Jerman itu tidak bermain untuk kelab sejak penutupan COVID-19 pada bulan Mac lalu.

    Pemenang Piala FA, Arsenal mengumumkan pada bulan Ogos bahawa mereka me-rancang untuk mengurangkan 55 pekerjaan kerana kesan buruk dari wabak terhadap kewangan kelab.

    Kelab Liga Perdana Inggeris mengatakan sumber pendapatan utama mereka telah terjejas, termasuk pendapatan siaran, pengambilan perlawanan dan aktiviti komersial. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda