Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ozil tidak pernah berada dalam perancangan JDT: TMJ

    ISKANDAR PUTERI, 21 SEPT – Bekas pemain Arsenal, Mesut Ozil tidak pernah berada dalam perancangan Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk diambil sebagai pemain baharu.

    Pemilik Kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah demikian sekali gus menepis desas-desus yang mengatakan bintang kelahiran Jerman itu bakal menyertai kelabnya.

    Baginda bagaimanapun memberi bayangan bahawa tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan pemain kelab Sepanyol Sevilla iaitu Papu Gomez sekiranya mampu memberikan komitmen untuk bermain di JDT.

    “Saya tidak tahu mana cerita Mesut Ozil ini datang, tetapi jikalau Papu Gomez, kalau dia boleh memberi saya komitmen dan harga munasabah, insya-Allah. Tetapi Mesut Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya.

    “Kalau dia (Ozil) bagus kenapa tidak ada satu pun kelab ambil dia, mungkin ada masalah peribadi, kita tidak tahu, mungkin dari segi sikap, saya tidak mahu memburukkan sesiapa kerana saya tidak kenal dia.

    “Tetapi, itu antara faktor kami harus ambil dan buat penilaian, tidak kami terima setakat hendak nama besar sahaja dalam JDT, saya hendak keputusan, kejayaan dan bukan jadi populis,” titah baginda dalam Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda