Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    P. Diddy dituduh liwat budak, remaja

    Belum selesai kes serangan seksual, mogul rap P. Diddy didakwa pula melakukan perbuatan liwat terhadap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan remaja 17 tahun.

    Diddy atau Sean John Combs, 54, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu pada tahun 2005 dan 2008 dan kes itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi New York.

    Bagaimanapun peguam mewakili Diddy membantah tuduhan tersebut dan menyifatkan pihak pendakwaan iaitu Anthony Buzbee hanya mencari publisiti.

    “Saya dan anak guam saya yakin terhadap fakta dan integriti proses kehakiman.

    “Dalam perbicaraan di mahkamah, segala kebenaran akan terbongkar bahawa Diddy tidak pernah menyerang dan memperdagangkan sesiapa (secara seksual),” katanya, memetik laporan mStar.

    Menurut tuntutan mahkamah, lelaki yang ketika itu berusia 10 tahun itu telah diberikan minuman berkarbonat yang dicampuri dengan dadah oleh rakan kongsinya sebelum diserang secara seksual.

    Dalam tuntutan berasingan, mangsa kedua pula mendakwa Diddy memaksanya melakukan aksi seksual dengannya bersama seorang pengawal peribadi semasa uji bakat sebuah rancangan realiti.

    Pada 16 September lalu, Diddy ditahan polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks dan serangan seksual terhadap lebih daripada 100 mangsa termasuk remaja di bawah umur.

    Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu seperti Usher, Justin Bieber dan Meek Mill. – Agensi

    P. Diddy didakwa meliwat kanak-kanak 10 tahun dan remaja 17 tahun. – out.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda