Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    P Radhi masih sedih pemergian klon P Ramlee

    Penyanyi P Radhi memberitahu dia rasa terkejut apabila mendapat berita pemergian rakannya iaitu Fairuz Misran pada 8 September lalu.

    Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Rahman, 31, berkata dia terkilan apabila hajatnya untuk berkolaborasi bersama arwah tidak kesampaian.

    “Mula-mula dapat berita itu memang terkejut dan tak percaya sampai la adik ipar dia hubungi saya dan beritahu sendiri mengenai berita pemergiannya ini.

    “Kali terakhir berjumpa dengan arwah pada 9 Julai lalu bersama Muslee Ramlee. Kami ada persembahan bersama tapi ketika tu pun dia nampak lain sebab banyak berborak dengan kami macam tak ada hari lain pula.

    “Saya agak terkilan sebenarnya sebab hajat untuk bekerjasama dengannya tidak kesampaian, arwah ada memberitahu ingin hasilkan lagu buat saya selepas ini, malah arwah juga selalu berikan sokongan kepada saya untuk teruskan memperjuangkan karya Tan Sri P.Ramlee,” kata Radhi kepada mStar. – Agensi

    Radhi terkilan apabila hajatnya untuk berkolaborasi bersama arwah tidak kesampaian. – Harianmetro.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda